Jan 13, 2010

First step!

Alhamdulillah...
The best moment in my life, bila melihat sendiri kaki comel Hannah mula melangkah setapak dua. 12.01.10, Hannah genap 1 tahun 1 bulan, malam tu selepas solat Maghrib Hannah di bilih Opahnya, sambil saya di bilik sendiri untuk solat...

Dengan bantuan dua kotak refill susu Progress Gold nya (yang dijadikan sebagai kerusi), Hannah cuba bangun berdiri, kemudian menapak selangkah dua menerpa ke arah Opah. Apalagi riuh rendah satu rumah dibuatnya. Semua orang happy giler. Yang ada masa tu saya, Opah Hannah dan Achik Hannah, tapi dari riuh tu macam 10 orang.

Proses tu diteruskan hampir sejam... kejap duduk, kejap jalan, kami dudukkan Hannah semua, dia bangun lagi jalan, sampailah Hannah dah tak mau lagik. Sian Hannah!! hahahaa. Berita gumbira itu terus aje direcorded then sent to her Ayah. Ayah was very happy. Anak kesayangannya dah semakin maju.Mesti Ayah dah tak sabar-sabar nak balik menyaksikan sendiri.

Dalam hati, saya bersyukur sangat, Hannah sihat dan membesar sempurna seperti kanak-kanak lain, syukur juga kerana dengan kehadirannya menghadiahkan kebahagiaan, kegembiraan dan menjadikan saya semakin bersyukur! Hannah membesarlah sayang...

Dec 18, 2009

Satu TAHUN!!

Alhamdulillah, Hannah dah melepasi umur 1 tahun pada 12.12.09 yang lepas. Gembiranya saya, dapat melihat perubahan Hannah sejak dilahirkan hingga sekarang. Kadang2 rasa lucu juga, kejap warna kulitnya cerah, kejap menggelap, kemudian cerah semula.. hehehe

Hannah dah semakin 'active' tahap gaban dah rasanya... Sekarang dia dah pandai berdiri di dinding, di sofa, di grill atau apa saja yang boleh dijadikan tempat untuk berpaut walaupun belakang ayahnya!:) Sempena hari lahir, ayah hadiahkan sebuah 'basikal-ditolak-dikayuh-kerusi bergerak pandai menyanyi'... Saya pun tak tau nak namakan apa, tapi kami semua panggil 'thoo...' (motor), sebab Hannah yang bagi nama tu pada kenderaan barunya itu... Maka untuk beberapa hari permulaan letih la juga saya dan semua asyik menolak dia nak naik thoo tu, susah juga nak tunggu dia betul puas... Tapi satu yang menyejukkan hati saya, Hannah tak 'lokek' memenjamkan thoo nya itu kepada abang sepupunya Hadif yang datang ke rumah... Lega hati, tak adalah berlakunya perang dunia perebutan hak...hehehe

Masa saya menaip ni, Hannah sedang lena beradu didalam buaian, momen yang sangat berharga untuk saya menyiapkan kerja rutin dan mencuri2 mengadap laptop kesayangan... Kejap lagi nak keluar beli barang stok bulanan, cadangnya nak g survey jam tangan ayah juga.

Oct 28, 2009

Mulanya suatu cerita...

Pada tarikh 12hb Disember 2008, pada pukul 8.12pg, bermulalah detik yang terindah dalam hidup saya dan suami. Lahirnya seorang puteri yang sihat dan comel, lahir pada hari Jumaat yang mulia disambut dengan hati yang sangat gembira penuh syukur. Alhamdulillah, semuanya lancar dan selamat. Bermulalah hidup sebagai mama dan ayah pada seorang insan, satu amanah yang cukup besar, insyaallah akan kami pikul dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.

Kini hampir 11 bulan berlalu, kerana leka dengan tugasan harian, tanggungjawab dan segala macam perkara, puteri kami sudah hampir menjangkau 1 tahun. Terfikir saya untuk memberikan sesuatu kenangan buat puteri kami, selain dari wang ringgit (yang sememangnya tanggungjawab ibubapa), ingin benar saya melakarkan setiap detik2 suka dan dukanya, di sepanjang perjalanan usia puteri sulung kesayangan kami ini pada takat kemampuan saya. Ini semua dengan harapan suatu hari nanti, akan menjadi bukti akan kasihnya kami padanya..

Kasyif Nurhannah bt Mohd Rosli
.